Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu…
Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan yang ke 20 kita berpuasa, tidak lama lagi kita bakal menyambut Syawal yang bakal tiba. Saya pasti ramai yang tidak sabar hendak balik ke kampung halaman berjumpa dengan orang tersayang. Disini saya ingin kongsikan beberapa tips keselamatan.
Keselamatan pulang ke kampung ketika Hari Raya:-
Sebelum pulang:
- Sebelum keluar rumah periksa semua peralatan elektrik bagi mengelakkan berlakunya kebakaran

2. Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci rapi

3. Maklumkan kepada jiran dan minta tolong jiran tengokkan rumah semasa ketiadaan anda

4. Hantar haiwan peliharaan ke tempat jagaan khas sekiranya perlu bagi memastikan hal-hal yang tidak diingini berlaku

5. Buka beberapa lampu diruang utama atau dibelakang rumah bagi mengelakkan berlakunya kes pecah masuk rumah

6. Pastikan kereta anda telah dihantar servis sebelum pulang ke kampung

7. Pastikan minyak cukup sebelum memulakan perjalanan

Semasa dalam perjalanan:
1. Pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu

2. Pastikan kad pintar ‘touch n go’ anda mempunyai baki yang mencukupi bagi memudahkan perjalanan

3. Patuhi had laju untuk selamat dan elak saman

4. Periksa cermin dan berikan isyarat sebelum melakukan pertukaran lorong

5. Jika mengantok atau letih, berhentilah di RnR yang telah disediakan disepanjang lebuhraya

6. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dengan terlalu rapat

Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju serta bergembira bersama keluarga tercinta di hari raya….
“Setiap orang mempunyai peranan, BERUBAHLAH menjadi luar biasa, patuhi undang-undang demi keselamatan keluarga anda dan keluarga orang lain. Semoga kita semua dapat meraikan Aidilfitri dengan orang yang tersayang.”
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN