Peluang terbaik untuk pemilik kereta Perodua!
Ini kerana Perodua ingin menjemput anda untuk merasai pengalaman memandu di Litar Antarabangsa Sepang pada pagi Sabtu ini (16 November 2019). Ia sempena penganjuran acara K-Car Global 2019 yang merupakan perlumbaan 24 jam.

Anda boleh turut serta dengan bayaran RM10 + 1000 UKoins daripada UFirst Perodua. Jika tiada aplikasi tersebut, bayaran yang dikenakan ialah RM20. 100 peserta terawal sahaja! Jangan lepaskan peluang menyertai perlumbaan anjuran K-Car Global 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 November ini, bermula jam 8 pagi.

Hubungi kita jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.