Sepanjang PKP, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan notis Kelonggaran Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) di mana pembaharuan cukai jalan kenderaan boleh ditangguhkan. Namun, semua kenderaan mesti memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan e-cover note insurans kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta.

Sejak pelaksanaan PKP 3.0 pada 1 Jun 2021 hingga sekarang, syarikat kami Duaria Sdn Bhhd adalah satu sektor yang terkesan dalam pelaksanaan PKP. Kedai pameran kami terpaksa ditutup buat sementara waktu. Akan tetapi, kami masih bekerja dari rumah dan beroperasi seperti biasa dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Oleh itu, sekiranya insurans kereta anda hampir/sudah tamat tempoh, jangan risau. Hubungi kami sekarang juga! Anda hanya perlu memberitahu kami kereta nombor anda. Kami akan membantu anda memperbaharui insurans kereta anda. Selepas semuanya siap, kami akan menghantar e-cover note insurans untuk anda.

Sesetengah orang akan fikir jikalau mereka tidak mengunakan kereta, bolehlah menangguh dulu pembaharuan insurans kereta. Ini adalah tidak digalakkan, terutamanya jika kereta anda diletakkan di tepi jalan ataupun tempat letak kereta. Sekiranya insurans kereta anda sudah tamat tempoh, tetapi kemalangan seperti dilanggar kereta lain atau kebakaran berlaku, anda tidak dapat menebus sesen pun dari tragedi tersebut sebab kenderaan anda sudah tidak dilindungi insurans. Oleh itu, amatlah penting anda perlu memastikan insurans kenderaan masih aktif.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang pembaharuan insurans.