Ramai ibu bapa sudah mengenal kepentingan ‘car seat’ dan telah menyediakan di dalam kereta. Walau bagaimanapun, dengan hanya ada ‘car seat’ adalah tidak mencukupi. Ibu bapa juga perlu memahami cara pemasangan yang betul dan jangan mengulangi kesalahan ibu bapa lain agar ‘car seat’ boleh betul-betul memanfaatkan anak-anak. Ini antara kesalahan-kesalahan yang ibu bapa perlu memberi perhatian dan dielakkan:
1. ‘Car Seat’ yang Tidak Bersesuaian dengan Kanak-kanak
Sebelum membeli, ibu bapa perlu mengetahui ‘car seat’ yang manakah yang bersesuaian dan selamat digunakan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa perlu membaca dengan teliti setiap terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar ‘car seat’ tersebut. Sekiranya ibu bapa tidak memilih satu yang sesuai untuk anak, berkemungkinan keselamatannya dalam bahaya.
Bahayanya: Kanak-kanak duduk di ‘car seat’ yang terlampau besar untuknya, nyawanya adalah dalam risiko yang tinggi. Tali pinggang ‘car seat’ menjadi terlalu longgar dan tidak dapat tetapkan kanak-kanak tersebut dalam ‘car seat’. Walaupun hanya menekan brek dengan lebih kuat, besar kemunkinan kanak-kanak tersebut masih akan tercampak keluar dari ‘car seat’ juga.
Oleh itu, ibu bapa mesti membaca segala terma dan syarat yang ditetapkan dan dikeluarkan oleh pihak pengeluar ‘car seat’ tersebut. Untuk jenis-jenis ‘car seat’ dan kesesuaian masing-masing, boleh baca sini.

2. Tidak Membaca Buku Panduan
Semua ‘car seat’ yang dikeluarkan mempunyai buku panduan. Di dalam buku panduan, ibu bapa boleh membaca cara pemasangan yang betul dan langkah-langkah berjaga.
Bahayanya: Contohnya, untuk bayi yang baru sahaja dilahirkan, ‘car seat’ perlu menghadapi ke belakang dan ditetapkan dalam keadaan yang hampir melintang. Bayi boleh berbaring di dalamnya dan bukannya ‘duduk’ di atas. Ini adalah sebab rangka bayi masih tidak cukup kuat untuk duduk dan menghala ke depan. Satu lagi contoh adalah tidak memasang ‘car seat’ dengan ketat dan dibiarkan longgar dari kerusi kereta. ‘Car seat’ bersama kanak-kanak akan terlepas dari kerusi kereta dan terjatuh.
Sekiranya ibu bapa tidak membaca buku panduan dan memasang ‘car seat’ dengan cara yang tidak sesuai, anak yang akan menanggung segala akibatnya termasuk kemautan. Oleh itu, ibu bapa mesti membaca buku panduan agar tidak melakukan kesalahan atau kecuaian yang akan membawa kesan serius terhadap anak kesayangan. Sekiranya mengalami kesukaran atau tidak memahami buku panduan setelah membaca, menghubungilah kaunter perkhidmatan pelanggan kedai tersebut untuk penjelasan yang lebih terperinci.
3. Pemakaian Tali Pinggang yang Longgar dan Tidak Betul
Sesetengah ibu bapa mengambil mudah tentang kepentingan memakai tali pinggang dengan betul. Seringkali ibu bapa tidak membetulkan tali pinggang semasa memasang tali pinggang untuk anak-anak mereka. Tali pinggang dibiarkan berbelit-belit. Ini bukan sahaja akan mengganggu keselesaan kanak-kanak tersebut, malah juga tali pinggang tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Selain itu, pemakaian tali pinggang yang longgar juga boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak. Sungguhpun anak berada dalam ‘car seat’ yang sesuai, tetapi tali pinggang tidak diketatkan, kanak-kanak tersebut masih berisiko boleh tercampak ke hadapan.
Bahayanya: Semasa kemalangan berlaku dan hentaman kuat dikenakan ke atas kereta, kanak-kanak akan mudah tercampak keluar kerana tali pinggang tersebut tidak mampu menahan tubuh badannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetatkan tali pinggang kanak-kanak semasa memasang tali pinggang demi menjaga keselamatan anak-anak mereka.
4. Meletakkan ‘Car Seat’ di Kerusi Penumpang Hadapan (Di Sebelah Pemandu)
Terdapat juga ibu bapa yang suka meletakkan ‘car seat’ di kerusi penumpang hadapan kerana memudahkan mereka untuk melihat anak-anak mereka. Kanak-kanak juga akan rasa seronok kerana mereka tidak perlu duduk di belakang berseorangan. Walau bagaimanapun, meletakkan ‘car seat’ di sebelah kerusi pemandu adalah satu tindakkan yang salah dan berbahaya. Kereta zaman sekarang telah dilengkapi dengan beg udara untuk keselamatan penumpang kereta. Ini termasuk di hadapan sebelah kerusi pemandu.
Bahayanya: Sekiranya berlaku kemalangan, beg udara akan terkeluar dan mengembung secara laju. Kesannya adalah amat kuat di mana beg udara boleh menyebabkan lebam besar di bahagian dada dewasa, apatah lagi kanak-kanak. Kanak-kanak akan berpontensi lemas dan cedera serius kerana tubuh badan mereka tidak sekuat untuk menanggung hentaman kuat beg udara yang dikeluarkan seacara automatik.
Amaran supaya tidak meletakan ‘car seat’ di kerusi hadapan ini juga boleh terdapat dalam buku panduan kerana akibatnya amatlah serius.
5. Tidak Berdisiplin Semasa Menggunakan ‘Car Seat’
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Apabila ibu bapa tidak melatih anak-anak mereka duduk di ‘car seat’ sejak bayi lagi, secara tidak langsung, anak tersebut sudah memupuk tabiat tidak duduk di ‘car seat’. Jadi, sebelum melahirkan anak, ibu bapa perlulah menyediakan satu supaya dapat mengajar anak bahawa dia mesti duduk di ‘car seat’ semasa di dalam kereta.
Apabila anak sudah mecapai tahap di mana dia tahu menunjukkan perasaannya, mungkin dia akan nangis kerana tidak mahu duduk di ‘car seat’. Ibu bapa mesti tegas dan tidak boleh mengizinkan anak tidak perlu duduk di ‘car seat’. Jangan sesekali berfikir boleh mendukung atau membiarkan anak duduk sendiri di kerusi kereta.
Bahayanya: Pertama, tali pinggang kereta tidak sesuai untuk anak kecil malah akan membahayakannya. Kedua, anak kecil akan cuba berdiri di dalam kereta dan ini adalah sungguh bahaya. Kalau di ‘car seat’, kanak-kanak hanya mempunyai ruang yang terhad untuk bergerak dan tidak dapat keluar dari tempat duduk sesuka hati. Ada dewasa yang berkata akan berpegang kanak-kanak dan tidak akan melepaskan tangan mereka. Akan tetapi apabila kemalangan berlaku, tiada sesiapa pun dapat pastikan tangannya masih dalam kawalan. Sila menonton video di bawah untuk mengetahui betapa bahayanya jika kanak-kanak tidak duduk di ‘car seat’ ataupun dipegang oleh dewasa.
Terdapat sesetengah ibu bapa, apabila berseorangan membawa anak dengan kereta, mereka tidak mahu menggunakan ‘car seat’ disebabkan ‘perlu diletakkan di belakang. Anak akan menangis kerana rasa keseorangan atau rimas. Jangan risau. Ibu bapa boleh meletakkan ‘car seat’ di belakang sebelah pemandu di mana anak boleh nampak ibu atau bapa dari tepi dan dia akan rasa lebih selamat.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mendidik anak-anak duduk di ‘car seat’ sejak bayi kerana apabila mereka sudah terbiasa mereka tidak akan mengganggu ibu bapa yang sedang memandu dan anak-anak akan lebih selamat sekiranya ibu bapa meletakkan mereka di ‘car seat’.
6. Menggantikan Aksesori Asal kepada Aksesori yang Lain
Sesetengah ibu bapa suka menukarkan aksesori atau membaiki ‘car seat’ mereka. Perbuatan ini tidak digalakkan sebab tidak semua aksesori pada sesuatu produk tersebut boleh digunakan untuk produk yang lain. Sama juga seperti ‘car seat’, ibu bapa tidak boleh sesuka hati menukar aksesori pada ‘car seat’ kerana setiap produk yang dikeluarkan telah diujikaji dan dijamin selamat untuk penggunaan kanak-kanak.
Bahayanya: Terdapat kes di mana ibu memasang bulu biri-biri di tali pinggang ‘car seat’ dan anaknya terkeluar dari ‘car seat’ kerana bulu biri-biri yang licin menyebabkan kanak-kanak tersebut tergelincir keluar dari ‘car seat’.
Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya ‘car seat’ yang mereka beli mengalami kerosakan kerana kebanyakannya mempunyai waranti. Untuk Perodua Gear Up kedua-dua Infant dan Toddler ISOFIX Child Car Seat, tempoh waranti adalah selama 6 bulan. Ibu bapa hanya perlu mematuhi arahan dan peraturan yang teleh ditetapkan oleh pihak pengeluar supaya semasa ada masalah dalam tempoh waranti, mereka dapat membuat tuntutan yang sewajarnya.

7. Menggunakan ‘Car Seat’ yang Usang
Sesetengah ibu bapa tiada budget yang mencukupi ataupun terlalu berkira untuk membeli ‘car seat’ yang baru. Ini adalah sebab harganya yang agak tinggi. Oleh demikian, ibu bapa mengambil tindakan untuk mengitar semula ‘car seat’ yang dulu atau yang diberi oleh saudara-mara. Tiada salah untuk menggunakan ‘car seat’ terpakai. Jika boleh berjimat, itu adalah terbaik. Akan tetapi, ibu bapa mesti membuat pemeriksaan terlebih dahulu sama ada ‘car seat’ tersebut masih selamat digunakan atau tidak. Ramai yang berfikir asalkan sudah mendapat ‘car seat’ sudah memadai.
Bahayanya: Sekiranya ‘car seat’ yang sudah usang tersebut mempunyai salah satu bahagian tidak dapat berfungsi dengan baik, keselamatan kanak-kanak yang duduk di dalamnya tidak lagi terjamin.
Adakah berbaloi jika ibu bapa menggadai keselamatan anak-anak demi menjimat wang semata-mata? Biarpun mahal, asalkan ‘car seat’ baru yang berkualiti dan boleh menjamin keselamatan anak-anak.
Kesimpulannya, ibu bapa mesti menyediakan ‘car seat’ yang sesuai untuk bayi mereka apabila menjelang tarikh lahir bayi. Kemudian, ibu bapa haruslah membaca buku panduan yang telah disediakan oleh pihak pengeluar. Mengabaikan langkah keselamatan di dalam buku panduan boleh mendatangi kesan yang tidak diingini. Akhirnya, ingatlah jangan memberi anak satu peluang juga untuk tidak duduk di ‘car seat’ semasa di dalam kereta. Jadi, ibu bapa yang anaknya belum mempunyai ‘car seat’, segera membeli satu demi keselamatan anak.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!


Menghubungi kami jika anda ingin bertanya tentang Perodua Gear Up Child Car Seat untuk anak anda.